Wednesday, 15 April 2015

RESUME AHMAD

Resume 

NAMA          : AHMAD ADIB BIN HELMI

NO K/P        : 961204-01-****
ALAMAT       : NO2267, KAMPUNG KASTAM LARKIN,
                      80350 JOHOR BAHRU, JOHOR.
NO TEL        : +6017845516








BUTIR-BUTIR DIRI

UMUR                    : 18 TAHUN                         AGAMA               : ISLAM
WARGANEGARA   : MALAYSIA                         STATUS              : BUJANG
KAUM                    : MELAYU                            TARIKH LAHIR    : 04 DISEMBER 1996
JANTINA                : LELAKI                              TEMPAT LAHIR   : JOHOR BAHRU

LATAR BELAKANG

TAHUN                                        INSTITUSI PENDIDIKAN                             PENCAPAIAN
2003-2008                           SK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN 2                   UPSR-3A2B
2009-2013                                        SMK AMINUDDIN BAKI                          SPM-1B4C1D2G
2014-2015                                   KOLEJ POLY-TECH MARA                             SEM 1-3.20

PENCAPAIAN KERJA

JAWATAN                                          ORGANISASI                                              TEMPOH

JURUWANG                                      AUNTIE ANNE'S                                          4 BULAN

Karangan Penyalahgunaan dadah



                Penyalahgunaan dadah sememangnya suatu perkara yang membimbangkan kerana pada masa ini banyak remaja dan belia terjerumus dengan najis dadah. Sekali mereka sudah terjerumus amat sukar untuk berhenti daripadanya. Ini adalah kerana dadah menyebabkan seseorang berasa tertagih. 

            Antara faktor perdana yang menyumbang fenomena ini berlaku ialah institusi kekeluargaan yang goyah dan rapuh. Sebenarnya keluarga merupakan satu unit penting dalam masyarakat yang memainkan peranan dalam bertindak dan menjaga kebajikan anggotanya. Kendatipun, masyarakat kini lebih bersikap meterialistik dan individualistik bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Akibat terlalu taksubakan kebendaan, maka silaturrahim antara keluarga menjadi semakin longgar dan renggang, Bagi ibu bapa yang bekerjaya pula, mereka lebih mementingkandan mencintai harta kekayaan berbanding darah daging mereka sendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa wang kini menjadi rebutan utama manusia, namun tanggungjawab terhadap anak-anak tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Ingatlah anak-anak merupakan anugerah Allah. Mereka ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkanya.

            Selain itu, kurangnya didikan agama serta kurangnya penerapan moral dalam diri remaja boleh dikaitkan dengan realiti keadaan kini. Asas keagamaan amatlah penting kerana ianya merupakan pedoman dan benteng kukuh dalam mengharungi dunia yang penuh dengan pancaroba. Namun, penerapan ini perlulah dipupuk sejak remaja di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.  Seandainya hal ini tidak diambil inisiatif, maka remaja akan hidup terumbang-ambing disebabkan tiada pegangan hidup. Terpulanglah kepada nasib mereka sama ada menjadi insan yang bertauliah dan berbakti kepada negara atau karam ditengah lautan api yang meranapkan negara.

            Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mengatasi gejala dadah. Kita telah membina infrastruktur yang serba lengkap, termasuk kemudahan hospital dan 28 pusat serenti di seluruh negara. Kita telah menggubal antara undang-undang anti-dadah yang paling berat di dunia. Kita juga telah mendirikan agensi- agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab dan kuasa penuh untuk menangani masalah dadah.


          Walaupun begitu, usaha-usaha kita belum membuahkan hasil yang memuaskan. Bilangan penagih dadah semakin ramai. Kini kita berhadapan dengan dadah-dadah sintetik baru yang lebih merbahaya, dan kejadian-kejadian lain seperti penyalahgunaan ubat batuk dan aktiviti menghidu glu. Dalam pada itu, usaha-usaha rawatan dan pemulihan penagih dadah tidak berjaya seperti yang diharapkan. Kadar penagih yang telah mula menagih dadah semula selepas melalui rawatan dan pemulihan begitu tinggi (dianggarkan sekitar 70 peratus oleh badan- badan N.G.O.), walaupun kita sudah mempunyai pengalaman kira-kira 30 tahun dalam usaha rawatan seperti ini.

          Masyarakat juga perlu merubah pemikiran mereka tentang dadah. Masalah penyalahgunaan dadah adalah masalah bersama, dan bukan masalah pihak berkuasa semata- mata. Sesungguhnya, masalah dadah tidak mengenal batasan politik, agama, bangsa, sosial dan kebudayaan. Ini bermakna perjuangan memerangi dadah memerlukan penglibatan secara total. Oleh itu, semua pihak perlu berkongsi tanggungjawab dan kumpulan yang akan berusaha membasmi dadah perlu diperbesarkan. Antara lain, kita harus lebih melibatkan badan-badan bukan kerajaan dalam usaha ini, dan mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama antara pihak berkuasa dan pelbagai badan bukan kerajaan yang terbabit.
          
           Pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain, termasuk ketua-ketua kampung dan para guru, akan turut bersama di dalam usaha ini. Sebenarnya, pendidikan adalah salah satu mekanisme terbaik dalam menangani masalah ini. Kalau dilihat daripada profil penagih yang dikesan, 72 peratus daripada mereka hanya mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga. Sekiranya kita mempertingkatkan pendidikan di kalangan anak-anak muda, baik dari segi pendidikan khusus mengenai dadah mahupun pendidikan am, kita akan dapat mengawal gejala ini dengan lebih baik. 
             
             Semua pihak perlu melibatkan diri dalam usaha menangani gejala dadah. Apa yang diperlukan ialah penjagaan yang berterusan dalam hal ini. Sekiranya terdapat kelemahan dalam mana-mana aspek pencegahan atau rawatan, maka akan lemahlah seluruh usaha kita untuk membendung dadah.

            Konklusinya pendekatan yang strategik, menyeluruh dan bersepadu perlu diambil dalam memerangi dadah. Semua agensi, badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang lain haruslah bekerjasama dan menyelaras usaha-usaha mereka. Idea-idea baru perlu difikirkan untuk memberi nafas segar kepada usaha-usaha kita. Pihak kementerian dalam negeri sendiri sedang berusaha untuk melaksanakan beberapa program baru, termasuk menjadikan pusat serenti sebagai anak angkat kepada institusi pengajian tinggi (I.P.T.); menempatkan penagih (yang berada di fasa pra-pembebasan) di sektor swasta, seperti di kilang-kilang; mengadakan program khidmat masyarakat oleh penghuni pusat serenti; menerokai modul rawatan yang baru, dan lain-lain lagi.


Surat Kiriman Rasmi




Ahmad Adib Bin Helmi,
No2267 Jalan Abdullah Haji Osman,
kampung Kastam Larkin,
80350, Johor Bahru, 
Johor Darul Ta'zim.
_________________________________________________________________________________

Encik Fauzi,
Son Sang Industries Sdn Bhd,
No11, Kilang Merah, Jalan Padi,
43366, Johor Bahru, 
Johor Darul Ta'zim.                                                                                        14 APRIL 2015

Tuan/Puan,

PERMOHONAN BAGI JAWATAN KOSONG

Saya seperti nama di atas ingin memohon jawatan yang berkaitan dengan production yang ada di syarikat tuan.

2. Saya yakin dengan kelayakan saya dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang ditetapkan oleh syarikat ini. Saya memilih jawatan ini kerana berminat untuk bekerja dengan syarikat yang mempunyai reputasi yang cemerlang dalam teknologi.

3. Disini saya besertakan resume. Saya berbesar hati untuk menerima panggilan temu duga pada bila-bila masa. sila hubungi saya ditalian 012-4859522 untuk tindakan lanjut.

4. Diharapkan pihak tuan membertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,
Adibhelmi
(Ahmad Adib Bin Helmi)